KKM Dedah Realiti Sebenar Negara, Hospital Mungkin Tak Dapat Tampung Pes4kit Cov1d-19

 

Melihatkan jumlah kes meningkat setiap hari dan kes c0v1d-19 yang aktif kini mencapai 24,347 kes sekaligus menimbulkan kebimbangan. Setakat ini, Malaysia mencatatkan 125,438 kes sejak w4b4k ini bermula.

Mendedahkan realiti sebenar negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata sistem penjagaan kesihatan kini berada pada “tahap genting” dan sedang berjuang dengan pertambahan jumlah pes4kit.

“(Ini) kerana kes meningkat setiap hari. Kami mungkin tidak dapat menampung pes4kit di kemudahan kami.

“Kami melihat bagaimana kami dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita. Tetapi yang terbaik adalah bukan hanya meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita … tetapi untuk mengurangkan beban,” katanya.

 

 

 

 

Susulan itu, KKM semalam mencadangkan kepada kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan ‘PKP bersasar’ untuk menurunkan jumlah k3s.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata PKP Bersasar yang dimaksudkan beberapa negeri akan berada di bawah perintah kawalan pergerakan.

“Ini pendekatan yang lebih bersasar. Daripada (melibatkan) seluruh negara seperti apa yang kita lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.

“Sekarang saya rasa strategi kita akan berubah – kita akan lebih (melihat keadaan) setempat dan disasarkan daripada segi pelaksanaan,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Himpunan Lawak Kita

SUMBER: MalaysiaKini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*