Pelakon Ezzaty Abdullah mengakui masih berdepan perasaan travma selepas kemalangan pada 11 Disember lalu.
Kongsi Ezzaty, biarpun tidak mengalami kecela.kaan pada dirinya atau pembantu peribadinya, kema.langan itu meninggalkan kesan pada emo.si.
“Saya dan pembantu peribadi tidak mengalami sebarang kece.deraan pun akibat kema.langan itu. Cuma saya masih trau.ma apabila mahu membelok ke kiri dan akan tercari-cari sekiranya ada penghadang jalan atau tidak.
“Selain itu, saya akan rasa ta.kut apabila ternampak bumper di tengah-tengah jalan. Mungkin sebab kejadian itu masih baru berlaku kepada saya,” katanya kepada Gempak.
Ezzaty yang ditemui ketika penggambaran drama bersiri The Maids di Cyberjaya baru-baru ini berkongsi kejadian sebenar yang berlaku pada awal pagi awal Disember lalu.
“Selepas beberapa hari penggambaran saya kurang rehat dan kebetulan pada hari itu penggambaran habis pukul 1.30 pagi, dalam kepala saya asyik berfikir macam mana saya perlu sampai di set penggambaran kedua pada pukul 5 pagi hari sama.
“Jadi ketika penggunakan aplikasi pandu arah, tiba-tiba ada arahan perlu ke kiri sedangkan saya tahu jalan itu perlu kekal lorong sama.
“Ketika hendak membelok ke kiri saya mahu menukar lorong semula namun tiba-tiba ada lori di sebelah saya. Daripada lang.gar lori baik lang.gar pembahagi jalan, cuma nasib kami baik tidak apa-apa” ceritanya.
Tambah Ezzaty, dia berada di dalam keretanya lebih sejam selepas kema.langan itu kerana keta.kutan untuk memaklumkan kejadian berkenaan kepada suami, Azwan Kombos.
“Tayar kereta pe.cah, bahagian hadapan ca.lar dan bahagian dalam enjin juga pe.cah. Saya ta.kut sampai terke.tar-ke.tar dan terpaksa duduk dalam kereta lebih sejam sebelum menghubungi Azwan.
“Kereta itu kesayangan dia, saya ni ibaratnya isteri nombor duanya. Ketika menelefonnya, mujur dia sangat okey dan tak ma.rah langsung. Dia faham saya sebab penat,” katanya yang pernah dima.rahi Azwan sebelum ini akibat terlang.gar lubang atas jalan.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply