Pelakon Hannah Delisha, 24, menyatakan dia tidak menganggap bertudung sebagai penghalang untuk berkarya dalam sebuah watak. Kata pelakon Singapura yang mencipta nama di Malaysia itu, dia tidak mempunyai masalah untuk membawa watak antag0nis sekiranya skrip menarik.
“Walaupun kini saya sudah bertudung, itu tidak menjadi penghalang untuk saya terus berlakon dan menerima watak antag0nis.
“Dalam dunia realiti, kita semua sedia maklum bahawa ada juga orang yang bertudung, tetapi memiliki hati yang ja.hat.
“Sekiranya lakonan watak yang saya bawakan itu mampu memberi pengajaran kepada penonton, tentunya saya akan terima.
“Apa pun, semuanya berbalik kepada skrip. Sekiranya skrip itu menarik dan saya minat, tentunya saya akan teruskan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch mempunyai prinsip tersendiri untuk menjayakan babak romantik tanpa bersen.tuhan.
“Sekarang pun tengah CO VID 1 9 mana boleh sen.tuh. Tapi itu lagi bagus, kurang do.sa saya.
“Untuk melakukan sesuatu babak romantik, pelakon tidak semestinya perlu bersen.tuhan.
“Yang penting adalah bagaimana situasi romantik itu dibawakan dan paling penting adalah teknik kamera,” katanya lagi.
Sumber: Gempak, Ig @hannahdelisha
Leave a Reply Cancel reply