Pelakon Sabrina Ali rasmi menjadi isteri sahabat baiknya sendiri selepas selamat bernikah dengan Wanji Aswandi, 42, pada Sabtu.
Sabrina, 38, melahirkan rasa syukur dan berasa sangat gembira bergelar isteri Wanji selepas memegang status ibu tunggal selama tujuh tahun.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah, saya gembira berkahwin dengannya selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal,” kata Sabrina bahagia.
Sabrina kemudian menceritakan detik awal perkenalan dengan Wanji yang terjadi pada Ogos lalu, sebelum dilamar sebulan kemudian dan lamaran diterimanya buat kali kedua pada bulan November.
“Kami berkenalan pada bulan Ogos lalu, sebelum ini saya memang anggap dia sebagai kawan baik kerana kami memang rapat dan saya banyak meluah dan berkongsi perkara dengannya.
“Pertama kali Wanji melamar saya adalah pada bulan September, tapi ketika itu saya memberitahu saya perlukan masa untuk berfikir.
“Kemudian dia melamar lagi saya pada bulan November, dan saya telah menerima lamarannya yang kedua ini.
“Sebelum itu saya memang perlukan masa untuk berfikir, jadual penggambaran sebelum ini pun agak sibuk,” katanya lagi.
Pada masa yang sama, Sabrina mengakui kesal dengan artikel laporan Gempak sebelum ini yang memaparkan foto dia dan pelakon Saiful Apek memakai baju pengantin yang mencetuskan spekvlasi mereka ‘berkahwin’.
Menurutnya, ia bukanlah satu kebenaran (dia dan Saiful Apek berkahwin), sebaliknya ia hanya babak dalam lakonan mereka ketika itu.
“Saya kesal dengan artikel tersebut, saya dan Saiful Apek bukan berkahwin betul-betul, itu hanya babak untuk drama lakonan kami,” katanya.
Apapun, Gempak mengucapkan tahniah kepada Sabrina dan suami, semoga rumah tangga sentiasa dikurniakan kebahagiaan oleh Allah SWT.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply