Ditanya Adakah Sedang Hamil, Ini Jawapan Mira Filzah

Pelakon Mira Filzah berkongsi sedikit pengalaman sejak dirinya bergelar isteri. Menurut Mira, dia seronok menjalani tanggungjawab sejak mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Wan Emir Astar pada 3 September lalu.

“Pengalaman bergelar isteri sememangnya seronok, saya pun tiada jadual penggambaran yang panjang sejak berkahwin.


“Setakat ini, saya gembira untuk balik awal sebelum suami dan menyediakan makanan untuknya, rutin memasak dan mengemas rumah itu membuatkan saya gembira menjalani tanggungjawab sebagai isteri.

Mira berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran drama The Maid di Cyberjaya baru-baru ini. Dalam pada itu, Gempak sempat berseloroh bertanyakan Mira sama ada dia kini berbadan dua.


Namun, pelakon jelita ini mengatakan dia masih belum hamil setakat ini dan tidak begitu merancang untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat.
“Oh tidak, setakat ini belum lagi, doa-doakanlah. Saya hanya go with the flow, kalau ada rezeki tu ada, jadual penggambaran saya tahun depan pun agak sibuk, jadi kita tengok macam mana,” jawabnya tersenyum.

Selain Mira, The Maid yang akan menemui anda di Astro Ria ini turut dibintangi oleh Norman Hakim, Sherry Alhadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

 

 

Sumber: Gempak, @mfmirafilzah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*