Awal Disember lalu kita telah menerima perkhabaran gembira apabila Tok Ti atau Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan beliau melalui kehamilan kedua.
Pengumuman itu dilakukan menerusi Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online melalui aplikasi Zoom.
Beliau yang sedang hamil empat bulan menzahirkan kesyukuran dan keterujaan apabila bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
Setelah itu, Tok Ti sekali lagi turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan April tahun depan menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee 12 Disember lalu.
Apa yang lagi menarik, Tok Ti baru-baru ini turut memberitahu bahawa bayi lelaki yang berusia empat bulan lebih itu sebenarnya kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah.
“Sebenarnya saya lalui raw4tan kesubvran, In Vitro Fertilisation (IVF)… bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.
“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama… tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embr1o. Jadi, masuk Aafiyah dulu.
“Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” katanya ketika menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa menjadi tetamu #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini.
Tok Ti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Sinar Hairan via Media Viral
Leave a Reply Cancel reply