“Bila Terdetik Nak Pakai, Pertama Sekali…” – Isteri Rody Kini Bertudung

Gitaris kumpulan Kristal, Rody mengucapkan kata syukur apabila isteri kesayangannya, Niena Azman kini bertudung. Rody juga memuat naik foto terbaharu yang merakamkan wajah Niena sedang tersenyum.

“Alhamdulillah… Moga keluargaku dilindungi Allah dari segala perkara yang tidak elok… @niena_azmann,” tulisnya.


Dalam pada itu, Niena atau nama sebenarnya, Nur Izwani Azman juga memaklumkan penghijrahannya itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.

“Nasib ada adik-beradik perempuan yang lain, bila terdetik nak pakai tudung… Pertama sekali tanya diorang.

“Sebab nak minta semua tudung yang diorang tak guna. Kita elak pembaziran, sekarang tudung boleh tahan harga dia.

“Bila kita dapat cari identiti dan yang sesuai barulah kita pulun shopping tak gitu @rodykristal,” tulisnya berseloroh.


Sementara itu, di ruangan komen pula rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Niena selain memuji wanita itu kelihatan cantik dan manis bertudung.

Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.

 

Sumber: Gempak, Ig @niena_azmann, @rodykristal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*