Irwansyah Dedah Zaskia Sungkar Selalu Minta Untuk Berpisah

Hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Irwansyah mengakui dia dan isteri Zaskia Sungkar berdepan pelbagai caba ran sepanjang melayari alam perkahwinan.

Menerusi laporan HotDetik, Irwansyah mende dahkan isterinya itu bersikap seperti kanak-kanak dan sering kali meminta untuk berpisah.


“Oh dia childish sangat! Kalau dulu macam budak-budak sangat, kalau ga duh ya kami ga duh. Sekarang Alhamdulillah jarang berg4duh lagi.

“Selalu dia (Zaskia Sungkar) cakap dengan saya mahu ce rai… mau ce rai!

“Usia sangat mempengaruhi… dulu masih macam budak-budak. Apa-apa sekarang dah malas nak ga duh kerana masalahnya itu-itu sahaja,” kata Irwansyah semasa ditemubual Ashanty dalam laman YouTube.


Berkongsi perkembangan kandungan isterinya, Irwansyah berkata dia dan isteri sudah mempersiapkan kelengkapan untuk cahaya mata sulung mereka itu.

“Teruja sangat, tapi untuk beli barang bayi mama yang belikan. Sekarang bilik kami sedang dibesarkan untuk dipersiapkan bilik anak sekali.

“Yang ke coh bukan sebab nak berbelanja tapi masa melihat anak melalui imbasan, itu lebih teruja nak tahu baby buat apa!” ujarnya.

Pasangan pelakon ini berkahwin pada 15 Januari 2011.

 

 

Sumber: Mstar. Ig @irwansyah_15

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*