Walaupun penul4ran Co v1d-19 belum berakhir, namun kebanyakan penggiat seni tanah air mampu menarik n4fas lega kerana aktiviti penggambaran boleh dijalankan semula.
Pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta, bersyukur aktiviti kerjaya seninya kembali padat dengan tawaran program TV serta penggambaran drama.
Menurut Che Ta, jadual kerjanya sudah terisi sehingga Januari tahun depan. Selain terbabit dalam program TV, dia juga bakal membintangi drama 13 episod untuk tayangan TV AlHijrah (TVAH).
“Setakat ini, tawaran berlakon yang saya terima masih banyak tetapi saya ambil mana yang sesuai wataknya. Lagipun, saya pastikan aktiviti penggambarannya di sekitar Kuala Lumpur.
“Untuk taw4ran drama yang penggambaran di luar ibu kota, saya memang tak ambil. Bagaimanapun, dengan aktiviti kerja yang ada sekarang ini, Alhamdulillah jadual agak padat,” katanya.
Mengulas suasana bekerja norma baharu, Che Ta berkata, dia yakin keadaan di lokasi penggambaran sangat terkawal kerana pihak produksi memang mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Sekarang saya hanya keluar rumah untuk ke lokasi penggambaran sahaja. Setiap hari begitu, keluar untuk kerja dan tak singgah mana-mana pun. Selepas habis penggambaran, terus balik rumah.
“Di lokasi pula, pemeriksaan kesihatan dijalankan terperinci. Semua pelakon dan pekerja produksi dipastikan yang betul-betul sihat sahaja dibenar bekerja. Jadi, saya sebagai pelakon berasa selamat juga apabila berada di lokasi kerana SOP diikut dengan sebaiknya. Tak ada rasa takvt atau bim bang sangat,” katanya.
Che Ta yang pernah popular dengan drama Kiah Pekasam berkata, setakat ini dia bersyukur kerana belum ada lagi klu ster penggambaran yang wujud. Namun, dia sentiasa berdoa minta perlindungan daripada Allah.
“Saya tahu berita Alif Satar dijang kiti Co v1d-19 baru-baru ini sangat menjadi perhatian ramai. Tapi, Alif tak dapat jangk1tan itu ketika berada di lokasi penggambaran, dia kena selepas menghadiri mesyuarat.
“Dalam keadaan sekarang, semua orang harus sentiasa berhati-hati. Ikut sahaja SOP ditetapkan dan selalu peka dengan kesihatan diri. Kerja tetap kerja kerana kita harus mencari rezeki untuk kelangsungan hidup,” katanya.
Sumber: Media Viral, Ig @rozitachewan1)
Leave a Reply Cancel reply