Mahu 6 Anaknya Ikut Jejak Langkah Jadi Doktor, Ini Yang Sheikh Muszaphar Lakukan

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar meluahkan hasratnya untuk melihat kesemua enam orang anaknya nanti membesar mengikut jejak langkahnya menjadi seorang doktor.

Menurut Sheikh Muszaphar disebabkan itu, beliau cuba mendedahkan anak-anaknya dengan segala hal berkaitan dunia pervbatan seperti yang pernah dilakukan arw4h bapanya kepadanya dulu.

“Impian saya mahu menjadikan semua anak saya sebagai seorang doktor.


“Dr. Isabella, Dr. Natasha, Dr. Adam, Dr. Noah. Dr. Eusoff, Dr. Emelia,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam entri tersebut Sheikh Muszaphar berkongsi foto terbaharu anak kembarnya, Eusoff dan Emelia yang menjalani sesi fotografi berkonsepkan profesion sebagai doktor.

Pada masa sama, beliau turut mengimbau kenangan perjalanannya menjadi doktor yang didorong oleh arw4h bapanya

“Saya bercita-cita mahu menjadi doktor sejak berumur 6 tahun. Bapa saya perkenalkan dengan stetoskop, mikroskop, buku-buku berkaitan biologi sejak usia muda membuatkan saya cakap pada diri ‘saya mahu bergelar doktor’ sebanyak 10 kali sehari.

“Ada poster pada dinding untuk ingatkan saya setiap kali saya bangun tidur,” katanya.

Bahkan, pada usia muda, katanya dia juga sudah mula berjinak-jinak melakukan ‘pembed4han’ ke atas haiwan.

“Pertama kali bed4h katak pada usia 8 tahun. Saya tak pernah mahu menjadi selain doktor, malah saya bangga saya berjaya capai impian itu.

“Ayah saya menggunakan kuasa visual ketika membesarkan saya. ‘‘What the mind believes, the body can achieve’ (badan akan peroleh apa yang minda percaya) . Inilah apa yang ayah beritahu setiap hari dan saya lakukannya pada anak-anak saya pula,” katanya.

Dr. Sheikh Muszaphar, 48, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Halina, 39, pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9, Sophea Natasha, 7, dan anak kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun serta sepasang kembar, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang lahir pada 20 November lalu.

 

Sumber: Gempak, ig @drsheikhmuszaphar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*