Seorang warganet tampil memohon maaf secara terbuka terhadap penyanyi Aishah selepas memberikan komen yang disifatkan keterlaluan di media sosial.
Individu berkenaaan yang menggunakan akaun @hannan_afnan membuat permohonan maaf itu di Instagram miliknya.
“Saya menyedari tulisan saya merupakan perbuatan yang me1ampau batas dan me1anggar akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 1984 yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Sebagai pengguna media sosial saya tidak boleh mengeluarkan ayat yang boleh menggvris perasaaan sesiapa sahaja.
“Saya menyedari kesilapan saya, saya menyesali dan saya memohon maaf kepada Aishah,” tulisnya.
Paparan tangkap layar posting permohonan maaf itu kemudian dikongsikan penyanyi Aishah di Instagram miliknya.
Pada masa sama, individu berkenaan turut menasihati pengguna lain untuk menggunakan media sosial sebaiknya.
“Saya memohon semua pengguna media sosial bertanggungjawab atas semua tulisan anda sebab akan dipertanggungjawab di akhirat.
“Akhir kata, saya memohon maaaf dan merayu kepada Kak Aishah untuk maafkan saya,” tulis individu berkenaan.
Terdahulu, individu berkenaan memuat naik komen mempersoalkan kedudukan Aishah yang disifatkan tidak sesuai untuk berada di dalam industri muzik kerana tidak boleh menerima kec4man.
Aishah kemudian menemp3lak tindakan individu tersebut menerusi satu posting di Instagram.
Baru-baru ini, Aishah dilihat lantang bersuara menegvr tindakan netizen yang gemar mengkr1tik soal persembahan dan nyanyian seseorang penyanyi.
Sumber : gempak, Ig @aishahjmm via Soya Lemon
Leave a Reply Cancel reply