“Alhamdulillah Hajat Dah Disampaikan” – Khairul Aming Tunai Permintaan Wanita Mengandung

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pemuda berkongsi kegeli sahannya menerusi satu ciapan apabila isteri tercinta teringin untuk menikmati air tangan Khairul Aming.

“Bang, isteri saya yang pregnant teringin sangat masakkan Khairul Aming. Saya masak tirv resepi Khairul Aming pun dia kata tak sedap. Bantuin bang,” tulis pemuda itu pada Selasa.

Sehari selepas menerima permintaan itu, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman memuat naik sebuah video pertemuan dirinya bersama pasangan suami isteri itu untuk menghantar masakan.

“Alhamdulillah hajat dah disampaikan. Selamat menjamu selera Asyraf dan isteri,” tulis Khairul.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang dua minit itu, Khairul siap pergi ke pasar membeli barang keperluan untuk memasak resipi daging harimau menangis, sotong dan ayam bakar bersama sos thai masam pedas.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji tindakan Khairul yang baik hati melayan hajat pengikutnya.
Malah, ramai yang turut mengusik Khairul apabila masing-masing mengaku diri sedang mengandung dan mengidam masakannya.
“Bahagia siapa jadi wife minmin, mengidam tak payah beli sebab suami dia boleh masak semua hm,” kata seorang wargamaya.
“Comel sangat nih. Kite pon mengidam masakan minmin jugak tapi kite mengandungkan lemak jelah,” usik seorang wargamaya.
“Aku pun menangis tengok ni hahaha. Perlu mengidam dulu ke baru dapat merasa hahaha. Bukak kedailah boleh kami rasa air tangan masakan tu jugak,” cadang seorang wargamaya.

Alhamdulillah, mulia sungguh hati awak. So ada tak perjanjian anak lelaki nama Khairul, anak perempuan nama Khairiyah?” tanya seorang wargamaya.

“Saya doakan minmin dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan, sukses terus yaaa,” doa seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video Khairul itu telah mendapat hampir 35,000 tanda suka serta setengah juta tontonan oleh warga Twitter.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*