Jangan Cuba Kerana Ia Popular, Ketahui 4 Perkara Mengenai Intermittent Fasting

INTERMITTENT Fasting (IF) menjadi salah satu jenis diet untuk menurunkan berat badan yang popular ketika ini.

Diet ini yang mirip dengan berpuasa selama beberapa jam mempunyai pelbagai manfaat termasuklah menurunkan berat badan, mencegah di4betes serta mengurangkan risik0 b4rah.

Ramai yang mula mengamalkan IF memberitahu ia membantu mereka untuk lebih menikmati makanan selain memahami perbezaan di antara lapar dan mengidam.

Bagaimanapun, jenis diet ini bukan sesuai untuk semua orang terutamanya bagi wanita hamil dan mereka yang mengalami masalah ganggvan pemakanan.

Ini kerana terdapat beberapa kesan sampingan bagi yang mengamalkan diet jenis ini.

1. Hipoglikemik

Bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dengan IF, mereka mungkin akan mengalami hipoglikemik atau keadaan di mana kadar gula dalam dar4h sangat rendah.

Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang mengalami sak1t kepala, denyutan jantung meningkat, berasa pen1ng dan mval.

“Ketika anda tidak makan, tubuh akan membak4r glikogen (glukosa yang disimpan) pada hati dan otot, kemudian ia akan mula membak4r lemak,” kata pakar pemakanan Frances Largeman-Roth.

Bagaimanapun, keadaan itu hanya berlaku pada peringkat awal dan selepas itu tubuh akan mula menyesuaikan diri.

2. Menurunkan rasa mengidam

Frances memberitahu, mereka yang mengamalkan deit ini mampu menjaga keseimbangan gula dalam dar4h dengan lebih baik kerana IF memaksa seseorang untuk berhenti makan pada waktu tertentu.

IF juga meningkatkan rasa kenyang melalui penghasilan hormon pengurangan nafsv makan. Sebuah kajian pada 2019 turut mendapati diet ini dapat membantu menurunkan kadar ghrelin – iaitu hormon yang merangsang rasa lapar terutamanya pada individu dengan masalah0besiti.

Ia turut meningkatkan kemampuan seseorang untuk membakar karbohidrat dan lemak untuk ditukarkan sebagai tenaga.

3. Meningkatkan sensitiviti insulin

Kajian pada 2018 mendapati bahawa lelaki dengan pradi4betes yang mengikuti IF meningkatkan sensitiviti insulin mereka sekaligus menguruskan gula dalam dar4h dengan lebih baik.

Ini kerana setiap kali makan, tubuh akan melepaskan hormon insulin untuk memindahkan gula daripada saluran dar4h ke sel dalam tubuh untuk ditukarkan sebagai tenaga.

Bagaimanapun pesak1t di4betes yang bergantung kepada suntikan insulin harus mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan diet ini kerana ia mungkin dapat mempengaruhi kesan vbat.

4. IF dan senaman

Berpuasa dan bersenam bukan satu masalah tetapi ia harus dilakukan secara sistematik agar seseorang tidak kehilangan tenaga dengan cepat.

Mereka yang menjalani IF disarankan untuk melakukan senaman lebih ringan terutamanya ketika baru mencuba diet itu agar tubuh dalam menyesuaikan diri. Waktu terbaik untuk bersenam adalah pada awal atau akhir IF.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*