“Persembahan Dia Malam Itu…” – Akhirnya Penulis Lirik ‘Aku Bidadari Syurgamu’ Bersuara Mengenai Nyanyian Aishah

Penulis novel yang juga penulis lirik Aku Bidadari Syurgamu, Siti Rosmizah Semail mahu penyanyi Aishah terus membawa lagu tersebut sekiranya layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Siti Rosmizah berkata, penyanyi itu menyampaikan lagu berkenaan dengan baik dan tiada sebab untuk tukar kepada penyanyi lain.


“Kalau kita tengok persembahan dia tidak ada yang kurang pun, kita sepatutnya beri pujian kerana dia sampai nak p1tam tetap menghabiskan lagu tersebut.

“Kalau orang lain mungkin tak mampu nak habiskan lagu tu, tidak ada sebab nak dikec4m sampai begitu sekali.

“Secara personal saya nak Aishah terus bawa jika lagu itu layak ke pentas AJL35 sebab di mata saya dia memang layak. Cuma kalau dia sendiri menolaknya, itu kita tidak boleh paksa,” ujarnya kepada mStar.

Lagu ciptaan komposer Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah itu dinyanyikan Aishah pada malam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 yang berlangsung pada Sabtu lalu bagi menggantikan penyanyi asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.


Bagaimanapun persembahan Aishah menerima reaksi penonton dan komen negat1f netizen yang berpendapat lagu tersebut tidak dibawa dengan baik.

Sementara itu, Siti Rosmizah meminta netizen untuk tidak melemp4rkan kata-kata kes4t yang boleh meng0res perasaan penyanyi itu.

“Saya harap netizen berhenti menyalahkan dia atau memberi kata-kata yang menyinggvng perasaan Aishah.

“Saya nampak inilah masalah netizen kita, masalah budaya kita yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa, budaya sosial kita terlampau tervk sekarang ni,” ujarnya.

 

 

Sumber: Mstar, Ig @aishahjmm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*