Penyanyi Aishah menerima kiriman kek daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai tanda penghargaan menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu (ABS) pada peringkat Separuh Akhir (SFMM35), Sabtu lalu.
Mengiringi kiriman tersebut, Siti turut menitip sekeping nota ringkas mengucapkan terima kasih di atas kesudiaan penyanyi kesayangannya itu menyanyikan lagu ABS.
Siti turut menganggap kesudian Aishah menyanyikan lagu ciptaan Ippo Hafiz dengan lirik ditulis oleh Siti Rosmizah Semail itu sebagai satu penghormatan.
“Assalamualaikum Kak Aishah yang Siti hormati, Siti nak ucapkan terima kasih di atas kesudian Kak Aishah menyanyikan lagu ABS.
“Ini satu penghormatan buat Siti dan Siti ucapkan semoga Kak Aishah dapat memberikan persembahan terbaik seperti selalu.
“Siti selalu mendoakan kak Aishah,” tulisnya.
Aishah telah berkongsi mengenai ‘hadiah’ dikirim Siti itu di laman sosial Instagram (IG) dan Facebook (FB)nya pada malam semalam (Isnin).
Menerusi ruangan kapsyen, Aishah turut menyatakan rasa pe lik terhadap sikap yang ditunjukkan sesetengah peminat fanatik.
“Pengalaman mengajar kita berbagai perkara…Dari dulu lagi semasa GV4, I perasan fans yang fanatik kadang-kadang membuatkan perlakuan yang pe lik-pe lik, nak tunjuk support pada artis kesayangan sampai sanggup m4ki hamvn artis lain.
“Sedangkan hubungan kami sesama artist ok je…Masa GV4 dulu pe lik betul I baca komen-komen fans hent4m artis lain untuk naikkan artis kesayangan mereka.
“Yang kelakarnya kami group GV4 best sangat…Boleh duduk makan sama, saling bertukar idea, bantu membantu.
“I banyak bertanya pasal teknik vokal dari Hazami. Bergurau usik mengusik ok je! Habis korang dah kenapa yang ‘vicious’ sangat???,” luah Aishah.
Dalam pada itu Aishah turut terharu menerima hadiah daripada Siti yang mengirimkan buah tangan buatnya usai persembahan di SFMM35 baru-baru ini.
“Dalam pengalaman SFMM35 ini juga hubungan I dan Datuk Seri Siti saling menghormati. Ini buktinya, Tok Ti belanja Kak Ecah dia makanan selepas performance.
“Diiringi kad ucapan dan recording suaranya mengucapkan goodluck pada I. Soooo sweeet kan? Sangat terharu I over such gesture.
“Itu namanya class babe, ada professional respect sesama artis. Habis korang yang sampai negatifkan peribadi dah kenapa? Sila ikut tauladan artis yang disayangi,” katanya.
Terdahulu Aishah meluahkan rasa ber4ng apabila seorang netizen mend4kwa dirinya sebagai individu yang angkvh.
Perkara tersebut turut dikongsikan Aishah menerusi satu hantaran di IG dan FB dengan memuat naik paparan mesej peribadi (DM) yang diterima daripada netizen.
Sumber : GEMPAK, Ig @aishahjmm
Leave a Reply Cancel reply