Selebriti serba boleh, Alif Satar melahirkan rasa syukur selepas isteri, Sha Dila Halid, 35, dan anak-anak, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, negatif C0vid-19.
Walaubagaimanapun, demi keselamatan keluarganya itu akan terus kuarantin di rumah selama dua minggu.
“Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah.. Isteri dan anak-anak Alif bebas dari C0vid-19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu,” tulisnya.
Berita gembira itu dikongsikan di Instagram (IG) miliknya dengan memuat naik foto keluarga.
Dalam pada itu, pelantun lagu I Want You To Love Me turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan untuknya dan keluarga.
“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp.
“Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan-tuan dan puan- puan sekalian. Terima kasih atas semua yang telah anda lakukan untuk keluarga saya dan saya.
“Saya berdoa semoga Allah SWT mengabulkan doa untuk anda dan keluarga anda juga. Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Pada Ahad lalu, Alif membuat pengumuman di laman sosial IG mengesahkan dirinya positif C0vid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat pervbatan di Melaka.
Sebagai kontak rapat, Sha Dila dan tiga cahaya mata, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, sudah melakukan ujian calitan di kediamannya, jam 9.30 pagi, semalam (Isnin).
Sumber: Gempak, Ig @alifsatar
Leave a Reply Cancel reply