Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar mengesahkan dirinya negatif C0vid-19 selepas membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu lalu.
Namun dukacita dimaklumkan, ibu bapa serta adik bongsu Alif baru sahaja disahkan positif C0vid-19 hari ini.“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif C0vid-19 oleh pihak hospital.
“Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12.
“Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.
Adlina dihubungi Astro Gempak selepas beliau berkongsi mengenai keputusan C0vid-19 di media sosial.
Dimaklumkan, ibu bapa Alif, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim membuat saringan ujian tersebut pada Sabtu.
Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan negatif C0vid-19 pada Ahad.
Menurut pengurusnya lagi, isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga bakal menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.
“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa symptom atau s4kit.
“Cuma Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari jangk1tan v1rus tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat,” katanya.
Alif yang menjalani penggambaran drama Penj4ra Cinta sejak minggu lalu baru membuat persembahan di sebuah acara pada Jumaat.
Sumber: Gempak, Ig @alifsatar
Leave a Reply Cancel reply