Impian pelakon dan penyanyi Ayda Jebat untuk menghadiahkan sebuah rumah kepada ibunya iaitu Rohana Mohamed sebelum mendirikan rumah tangga akhirnya tercapai.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 28, berkata dia juga pernah memberitahu tunangnya iaitu Nabil Mahir mengenai hasratnya itu.
Penyanyi lagu Tember4ng ini juga meluahkan rasa syukur apabila dapat membahagiakan dan membalas semula peng0rbanan ibunya.
Ayda berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya.
“Syukur Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin.
“Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia, sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah. Mama selalu call pesan… kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.
“Ma, kerja keras saya tak sekuat peng0rbanan mama jaga saya dan adik-adik. I love you. I will always take care of you, walaupun saya dah kahwin nanti,” kata Ayda.
Ayda turut berkongsi berita gembira itu dengan memuat foto dia meme1uk ibunya dihadapan rumah teres dua tingkat yang terletak di Puncak Alam, Selangor.
Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata ucapan daripada peminat yang turut mendoakan agar segala urusan perkahwinan Ayda dan Nabil dipermudahkan,
Sebelum ini, Ayda dan pengacara Nabil mahir mengumumkan mereka bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini juga menitipkan doa untuk semua orang berpeluang untuk membahagiakan orang tua masing-masing selagi mereka masih berny4wa.
“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malah banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insya-Allah,” ujarnya.
Pasangan tersebut mencvri tumpuan ramai apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sumber: Mstar, Ig @aydajebat
Leave a Reply Cancel reply