Gara-gara rancangan perkahwinan mvsnah, pelakon Zulin Aziz memilih untuk mengunci mulut apabila disoal mengenai foto romantik yang hanya menampakkan bahagian tangan seorang lelaki.
Menurut Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 31, dia merahsiakan identiti jejaka itu selepas mendapatkan nasihat keluarganya.
Tambahnya lagi, dia ingin menjalani kehidupan secara privasi dan perkongsian itu sekadar untuk dijadikan kenangan.
“Apa yang jadi sebelum ini merupakan satu pengajaran untuk saya. Jadi, saya tak nak komen mengenai foto tersebut dan saya juga mahukan privasi.
“Lagipun atas nasihat keluarga agar tidak mendedahkan apa-apa. Bagi saya cukuplah perkongsian saya itu dan tidak mahu ulas lebih lanjut kerana netizen sekarang ini sangat bah4ya,” katanya kepada mStar.
Perkongsian foto yang memperlihatkan seseorang memegang tangan Zulin ketika sedang menikmati makan malam dalam suasana romantik di sebuah restoran, baru-baru ini.
Rata-rata netizen mula membuat andaian mengatakan bekas penyampai radio Suria FM itu sedang dilamun cinta.
Dalam pada itu, pelakon telefilem Cekelat Tak Semanis Honey ini memberitahu dia hanya mahu perniagaan dan kariernya dalam industri seni sahaja menjadi perbualan.
“Sejujurnya saya mahu karier saya dalam industri seni dan bisnes sahaja menjadi perbualan. Saya dah malas nak cerita kehidupan peribadi yang akan penuh dengan kontr0versi nanti.
“Lagipun orang dah muak balik-balik cerita kisah cinta saya,” jelasnya lagi.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Zulin meluahkan rasa syukur kerana masih berpeluang untuk bergiat aktif dalam dunia lakonan dalam tempoh pandemik Covid-19.
Selain itu, perniagaan makanan sampingan yang diuruskannya juga berjalan dengan lancar menerusi jualan atas talian.
“Sekarang ni saya tengah menjalani penggambaran drama Penj4ra Janji dan apabila selesai sahaja penggambaran tu saya akan terus sambung dengan telemovie Sabotaj Raya,” ujarnya.
Sumber: Mstar, Ig @zulinaziz)
Leave a Reply Cancel reply