Pelakon Zahirah MacWilson meraikan majlis baby shower bersempena kandungannya yang kini mencecah lapan bulan.
Menerusi laman sosial Instagram, Zahirah berkongsi foto-foto sambutan penuh meriah yang diadakan di Perth Australia itu di samping suami tercinta aktor Aiman Hakim Ridza serta ahli keluarga.
“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.
Namun, pasangan dua sejoli ini tidak mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian daripada netizen, rata-rata wargamaya cuba meneka jantina bayi yang Zahirah bakal lahirkan.
Hujung Oktober lalu, Zahirah dan Aiman terbang pulang ke Perth, Australia bagi melahirkan anak sulung mereka di sana.
Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.
Sumber: Gempak, Ig @zahirahmacwilson
Leave a Reply Cancel reply