Bawa Ustazah Ajar Suami & Anak Solat Di Rumah, Ramai Puji Usaha Lana Nordin

Usaha pelakon Lana Nordin dalam membimbing suaminya Mohd Daud McKienzie, 41, dan keluarganya untuk mempelajari agama Is1am dipuji warga maya.

Terdahulu, Suami Lana mula memelvk Is1am sebelum mendirikan rumah tangga iaitu sejak lima tahun lalu.

Lana dan suami bernikah pada tahun 2015 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata.

Baru-baru ini rakaman video yang dimuat naik ke Instagram Lana, 40, yang menunjukkan suami dan anak sulungnya Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas aga ma yang dikendalikan oleh seorang ustazah mendapat perhatian.

Dalam video tersebut, suami dan anaknya diajar tentang bagaimana hendak mendirikan sembahyang, bermula dengan mengambil wuduk sehingga membetulkan bacaan dalam solat.

Lana memberitahu dia bersyukur dan bangga kerana mempunyai keluarga bahagia.

“Bangga untuk katakan inilah keluarga saya, alhamdulilah,” tulisnya.


Rata-rata memberi komen yang postif dan dalam masa yang sama berdoa agar dia dan keluarga terus istiqamah kearah kebaikan.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @lananodinmckienzie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*