Gara-gara Suka Makan Makanan Ini, Ika Nabella Dedah Anaknya Hidapi Penyak1t Ini

Pelakon Ika Nabella, 31, mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Noah Zayn telah didiagnosis penyak1t karotenemia atau jaundis palsu iaitu salah satu jenis penyak1t kuning.

Menurut Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, punca penyak1t tersebut disebabkan pengambilan makanan karotin yang berlebihan seperti lobak merah.

“Makcik dan pakcik sila doakan @muhammadnoahzayn sihat sempurna. Dia kini didiagnosis sebagai bayi karotenemia atau orang selalu memanggil ‘bayi oren’ kerana pengambilan makanannya.

“Pengambilan makanan karotin yang berlebihan. Dia suka lobak merah sangat. Phewww. Salah Ibu,” tulisnya di Instagram (IG).

Walaubagaimanapun, pelakon drama Sein Dan Luna menyatakan keadaan itu tidak merbah4ya.

“Tapi jangan risau Noah baik-baik saja, keadaan ini tidak berbah4ya cuma Mommy dan Ayah kena meraw4t perubahan warna kulitnya.

“Terlalu banyak pigmentasi kuning pada kulit dan peningkatan beta-karotin dalam dar4h.

“Sekarang! Tiada lagi lobak merah atau labu! Kita pergi hijau ok dan merah,” tulisnya lagi.

Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.

Pasangan ini menerima cahaya mata lelaki pada 23 Otober 2019 di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*