Bintang Gegar Vaganza (GV) 7, Ashira mengucapkan terima kasih kepada pihak hotel yang telah menaja penginapannya bersama anak selama dua minggu.
Ashira menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya pada petang Rabu turut meluahkan rasa syukur kerana dapat meluangkan masa bersama anak sepuas-puasnya.
“Dua minggu dekat Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, hari ni dah kena check-out. Apa pun Alhamdulillah di atas rezeki Allah.
“Shira dapat luangkan masa dengan anak selama berada di sini. Terima kasih kerana sudi menaja penginapan Shira dan anak selama dua minggu,” katanya.
Pemik nama Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, ini pada 8 November lalu ditemukan dengan anaknya Megat Shazril Haziq Hadi, 14.
Pertemuan tersebut dirancang produksi GV7 tanpa pengetahuan Ashira menyebabkan dia mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat anaknya muncul bersama jambangan bunga.
Ibu dan anak ini tidak tinggal sebumbung buat sementara waktu ini memandangkan Ashira mempunyai komitmen bersama GV7.
Megat Shazril tinggal bersama kakak Ashira iaitu, Shasha Aziz di Shah Alam manakala Ashira pula tinggal di Ampang serta berulang-alik ke Putrajaya untuk GV7.
Terdahulu kisah hidup Ashira menjadi perhatian apabila mendedahkan tidak mampu membayar sewa rumah sehingga di minta keluar dari kediaman tersebut.
Sumber: Gempak, Ig @ashiraaziz
Leave a Reply Cancel reply