Pemilik Sebenarnya Tak Perlu Mandikan Kucing, Ini Penjelasan Pakar Haiwan

Bagi pemilik kucing, aktiviti memandikan si bulus boleh menjadi satu perkara yang cukup sukar kerana umum mengetahui haiwan itu benc1kan air.

Tapi adakah kucing perlu dimandikan? Jawapan ringkasnya, tidak.

“Seekor kucing yang sihat menghabiskan sehingga 40 peratus waktunya untuk membersihkan diri sendiri,” kata pakar haiwan, Dawn LaFontaine.

Dawn berkata, kucing memberikan perhatian berterusan untuk membersihkan diri, justeru pemilik tidak perlu memandikannya.

Bagaimanapun masih ada beberapa perkara khusus yang mana kucing perlu dibantu untuk membersihkan diri. Misalnya si bulus dengan masalah arthritis, sak1t, berat badan berlebihan dan mengalami kemurungan.

Kucing dengan bulu yang panjang juga mungkin memerlukan pertolongan tambahan bagi membersihkan dirinya atau si comel yang akibat terkena kotoran seperti lumpur. Pertolongan itu diperlukan bagi memastikan kucing anda tidak menjliat kekotoran yang boleh menyebabkan masalah lain.

Kucing secara semulajadinya adalah haiwan yang pembersih dan akan menggunakan lidah untuk membersihkan dirinya.

“Lidah mereka mempunyai bulu yang mampu memindahkan air liur mereka secara efektif ke bahagian bulu dan kulit untuk membersihkannya. Kucing juga dapat menggunakan kukunya yang dibasahi air liur untuk membersihkan bahagian lain seperti wajah, leher dan telinga.


Kucing yang terlalu bersih akan kembali bermain di tanah untuk mengotorkan badannya.

Sementara itu, Dawn memberitahu tidak salah memandikan kucing tetapi sebaik-baiknya ia tidak dilakukan selalu apatah lagi menggunakan syampu dan sabun.

Ini kerana kucing yang kerap dimandikan boleh menyebabkan lapisan bakteria pada kulit mereka hilang sedangkan si bulus memerlukannya bagi menjaga kesihatan usus mereka. Ini termasuklah melindungi diri daripada penyak1t, meningkatkan sistem imunisasi dan membantu penghadaman.

“Kucing yang terlalu bersih akan kembali bermain-main di tanah hanya untuk ‘mengisi’ kembali bakteria pada bulunya,” jelasnya.

Bagaimanapun kucing sangat suka bulunya disikat. Jadi jika anda ingin memanjakannya, anda boleh membantu menyikat bulunya.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*