“Dah Lama Ada Niat Untuk Berhijab Cuma…” – Haneesya Hanee

Pelakon Haneesya Hanee mengakui terharu apabila foto mengenakan hijab yang dimuat naik di Instagram menerima komen-komen positif dalam kalangan netizen.

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 20, berkata sudah lama dia menantikan ruangan komen itu dipenuhi dengan ucapan dan kata-kata positif.

“Saya sangat gembira baca komen-komen yang positif dari netizen dan dapat lihat perbezaan berbanding dulu.


“Walaupun imej saya berhijab ini untuk penggambaran tetapi apa yang saya boleh cakap, komen-komen mereka ini sedikit sebanyak membuka pintu hati saya untuk berhijab.

“Dah lama saya ada niat untuk berhijab cuma belum masanya lagi… Insya-Allah suatu hari nanti,” katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada 16 Jun lalu, Haneesya Hanee memberitahu dia ingin kembali dengan semangat baharu dan mula memaafkan dirinya sendiri.


Malah, dia mengakui kehidupannya kini lebih baik dan berasa lebih tenang selepas berdepan ujian hebat awal tahun lalu.

“Alhamdulillah… dah lama tak ada kerja, tak shooting sebab PKPB tetapi sekarang dah mula pelahan-lahan bekerja dan saya pun dah ada bisnes sendiri.

“Walaupun bisnes produk rambut saya bergerak perlahan disebabkan pandemik Covid-19, tetapi saya bersyukur masih ada rezeki untuk saya,” ujarnya.

Antara komen positive yang diterima Haneesya:

 

 

Sumber: Gempak, Ig @haneesyahanee

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*