“Hanya Kita Sekeluarga Yang Tau …” – Ali Puteh

Pelawak Ali Puteh, 31, memilih untuk menghiraukan kata-kata kes4t yang dilemp4rkan oleh netizen kepadanya.Menurut Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan hanya mereka sekeluarga yang tahu apa yang terjadi sebenarnya.

“Hari ini 10 haribulan. Genap 9 bulan pemergianmu abang. Kubvr masih dilawati orang dan sentiasa bersih.

“Biar apa orang kata orang h1na pekakkan telinga kerana apa pun terjadi kita tetap adik beradik.

“Mereka tidak tau apa-apa perihal kita. Hanya kita sekeluarga yang tau. Maafkan jela mereka-mereka semua yang h1a kita,” tulisnya di Instagram (IG).

Perkongsian itu turut disertakan sekali foto arw4h Abam memeluk ibunya, Sabariah Arshad.

Dalam pada itu, ahli kumpulan lawak Puteh itu mendedahkan kedatangan arw4h di dalam mimpinya pada Isnin lalu.

“Malam tadi mimpi kau datang bang jenguk kami. Senyum je kau. Semoga tenang di sana ye bang.

“Mak sihat alhamdulillah dan semua sihat. Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Tengokkan Ainul Mardhiah ya kat sana,” tulisnya lagi.

Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey men1nggal dun1a di kediamannya di Gombak pada awal pagi 10 Februari.

Abam meninggalkan seorang ba1u, Siti Norhidayah Mohd Ali  dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @aliputeh_official

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*