Kec0h hari ini apabila orang ramai diwajibkan untuk mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.
Perkara itu diumumkan susulan laporan sebuah berita tempatan yang mend4kwa pihak polis akan mengeluarkan sam4n kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak.
Menerusi laporan itu, Timbalan Pengarah Jabatan S1asatan Jen4yah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid, menasihatkan orang ramai untuk mengimbas MySejahtera terlebih dahulu meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai klip rakaman suara seorang lelaki yang mend4kwa bapanya telah dikompavn sebanyak RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak meskipun memakai pelitup muka.
Namun, laporan terbaru dikeluarkan oleh The Star, Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz memberitahu orang ramai hanya perlu mengimbas sekiranya memasuki kedai serbaneka di stesen minyak.
“Kami diberitahu orang ramai hanya perlu imbas QR dan mengambil suhu ketika memasuki kedai, tandas dan surau.
“Selebih daripada itu tidak perlu,” katanya.
Tambahnya, perkara itu juga telah disemak dengan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC).
“Satu lagi perlu diambil kira adalah bahay4nya menggunakan telefon berhampiran pam minyak.
“Atas dasar keselamatan, ia sangat tidak prakt1kal,” katanya.
Pada masa sama, menerusi pemantauan Gempak di media sosial, orang ramai kini bingvng sama ada perlu atau mengimbas atau tidak.
Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan arahan tersebut memandangkan penggunaan telefon pintar berhampiran pam minyak adalah bah4ya.
Sumber: The Star via Gempak
Leave a Reply Cancel reply