Selepas lebih setahun menyepi daripada sebarang posting di Instagram, penyanyi Azhar Osman akhirnya muncul kembali.
Bagaimanapun, dalam hantaran terbaharunya itu, Azhar yang merupakan bekas duo Azhael itu memaklumkan bahawa sepanjang tempoh itu juga dia sebenarnya bertarvng dengan penyak1t gastroesophageal reflux atau GERD.
GERD merupakan penyak1t pencern4an kron1k yang berlaku apabila asid perut mengalir masuk ke dalam saluran esofagus.
Katanya, permasalahan itu kemungkinan daripada tabiat gemar pemakanan pedas yang diamalkannya.
“Sepanjang tahun berlaw4n dengan penyak1t GERD bukanlah sesuatu yang mudah, namun keadaan saya semakin baik dan masih lagi proses untuk pulih.
“Paling kecewa bila hilang nikmat makan,” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Hantaran tersebut dimuat naik Azhar selepas kali terakhir posting di Instagram dibuat pada 20 Ogos 2019.
Pada masa sama, kata Azhar dia turut menasihati agar orang ramai mengurangkan pengambilan makanan pedas.
“Jadi, nasihat aku, jangan kuat sangat makan pedas melampau-lampaus. Anda tidak pernah akan tahu apa yang akan berlaku kemudian hari. Jagalah usus anda,” katanya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata mendoakan agar Azhar kembali segera pulih.
“Tu laa.. lama tak nampak awak. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya.. huhu same la kita geng makan pedas.
“Saya juga pesak1t GERD. Adakalanya saya deg1l makan yang pedas dan masam, lepas tu merana sendiri,” komen sebahagian pengikutnya.
Sementara itu, sehingga artikel ini ditulis, Gempak masih lagi cuba mendapatkan komen lanjut daripada Azhar sendiri.
Azhar merupakan bekas bintang kelahiran Akademi Fantasia Musim ke-10 bergandingan dengan penyanyi Hael Husaini.
Sumber: Gempak, ig @azharosmaan
Leave a Reply Cancel reply