“Haritu Rasa Macam Kena…”- Noryn Aziz Dedah Sesuatu Ketika Gegar Vaganza 5

Penyanyi Noryn Aziz mengakui terima banyak lagu yang mencabar vokalnya ketika berada di dalam program realiti Gegar Vaganza 5 (GV5).

Noryn yang merupakan juara GV5 itu mendedahkan salah satu lagu yang paling mencabar untuk dipersembahkan adalah Kabut Serangkai Mawar nyanyian asal Zaiton Sameon.

“Sempena demam  GV7 ni saja nak kongsi persembahan lagu paling susah saya dapat masa GV5 antaranya rap, dangdut semua susah lah. Kenanya bukan my forte.

“Cikgu Shafi banyak tolong dan pengurus saya Kak Suraya.

“Ketika menyanyikan lagu Kabut Serangkai Mawar kami membuat keputusan untuk lagu ni kita dramatikkan dia.

“Haritu rasa mcm kena cekik sebab tinggi sangat lagu ni. Saya harus kata Gegar Vaganza merupakan tempat untuk cabar diri sebagai seorang penghibur dan untuk jadi lebih baik.

“Selamat mahu jaya untuk semua peserta GV7,” katanya.

Norynn berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia turut mengimbas kenangannya di dalam program tersebut degan memuat naik video rakaman persembahan ketika menyanyikan lagu Zaiton Sameon itu.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @norynaziz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*