Pelakon Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak mendedahkan dirinya mengalami sinestesia sejak dilahirkan.
Menurut Tiz, dia menyedari selepas dia melihat huruf, perkataan, lirik, nombor dan muzik dalam bentuk warna.
“Pada hari ini (Khamis) saya dapati bahawa saya dilahirkan dengan sinestesia. Saya dapat mengesahkan ini kerana sepanjang hidup saya telah melihat huruf, perkataan, lirik, nombor, muzik dalam warna.
“Bersinar…kadang-kadang dalam gelombang. Macam-macam dan menarik,” tulisnya di Instagram (IG).
Tambah pelakon drama Sara Sajeeda dia menjadi seorang yang mudah mar4h disebabkan ingin orang sekeliling faham dengan dirinya.
“Tidak hairanlah kadang-kadang sukar bagi orang untuk memahami saya. Saya mudah mar4h kerana mengharapkan orang memahami.
“Sekarang saya tahu mengapa saya melihat sesuatu perkara berbeza dan lebih masuk akal.
“Kadang-kadang saya juga dapat mencium bau karya seni. Saya benar-benar fikir semua orang mempunyai perkara yang sama dalam fikiran mereka selama ini,” tulisnya lagi.
Sekadar info, sinestesia adalah fenomena neurologis di mana otak menimbulkan beberapa persepsi iaitu penglihatan, suara, ataupun rasa dari suatu indera.
Perkongsian Tiq itu telah mencvri perhatian pemgikutnya:
Sumber: Gempak, Ig @tiz.zaqyah
Leave a Reply Cancel reply