Fesyen pengacara dan pelawak Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) Jihan Muse meraih perhatian ramai apabila menampilkan gaya kuku di luar sarung tangan.
Menerusi laman sosial Instagram, Jiha berkongsi penampilannya yang serba merah semasa mengacarakan konsert Minggu kedua GV7 semalam untuk tatapan umum.
“GV7 minggu kedua, tema: bukan pengasas produk,” tulis Jihan ringkas di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu, Jihan kelihatan langsing mengenakan gaun merah ketat hasil rekaan Syamil Fazwan lengkap bersarung tangan dan ditata rias oleh penata gaya Nazlivingastyle.
Selain gaun merah, apa yang menariknya lagi Jihan mengenakan kuku palsu yang bertatahkan berlian di luar sarung tangannya.
Di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan maklum balas yang bercampur-baur tentang penampilan isteri kepada pelakon Ungku Hariz itu.
Malah, pemakaian sarung tangan yang membuatkan jarinya nampak berkedut-kedut juga menimbulkan rasa takvt segelintir wargamaya.
“Kenapa ser4m tengok jari-jemari tu,” kata seorang wargamaya.
“Jihan gerak-gerak, tangan nampak kuku je,” komen seorang wargamaya.
“Cantik, suka pulak tengok bahagian tangan tu,” puji seorang wargamaya.
“Baju ni siap dengan sarung tangan net ke? Tu yang nampak jari tu agak menakvtkan,” tanya seorang wargamaya.
“Wow kuku dia d4syat!” usik seorang wargamaya.
“Lawa kakak harini, kuku yang mahal,” tulis seorang wargamaya.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 40,000 tanda suka daripada warga Instagram.
GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.
Sumber : GEMPAK via Slamber Media
Leave a Reply Cancel reply