Beberapa hari lalu, penceramah bebas dan pelakon, PU Azman atau dikenali sebagai Cik Man dikec4m netizen gara-gara memaklumkan dia sudah mempunyai akaun TikTok.Salah seorang netizen berpendapat TikTok bukan saluran yang bagus meskipun apa yang mahu Cik Man sampaikan adalah perkara yang bermanfaat.
“Rasanya tak payah lah Cik man nak buat akaun TikTok ni. Lagi-lagi ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini. Budak-budak sekolah lagi aktif dengan TikTok.
“Meskipun Cik Man salurkan benda yang positif tapi ada sampingan yang Cik Man kena tahu iaitu sebelum mereka buka TikTok, mesti ada video gambar-gambar pempuan tak tutup aurat sedang ge1ek sana sini. Lebih baik Cik Man buka saluran di YouTube atau di Instagram,” komen salah seorang netizen.
Pun begitu, Cik Man tidak berdiam diri malah dalam kemas kini terbaharunya di Instagram tak menafikan ada perkara negatif ditayangkan di TikTok. Namun sebagai pengguna yang bijak mereka perlulah memperbetulkan niat.
“Ada orang cakap TikTok tempat tengok ded4h aurat. Memang tak dinafikan. Ded4h aurat ni tak payah tunggu TikTok. Dalam semua media sosial pun ada.
“Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat. Kau asYik terperangkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah,” jawabnya.
Dalam entri terbaharu dia memuat naik video pertama yang dimuat naik ke akaun TikTok.
Entri tersebut bagaimana pun mendapat sokongan daripada pengikutnya yang turut bersetuju dengan pendapat Cik Man.
Sumber: Gempak, Ig @puazmanofficial
Leave a Reply Cancel reply