Aktor kacak Aeril Zafrel dan isterinya pelakon Wawa Zainal telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012.
Hasil perkongsian hidup, mereka ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa dan Aya Soffya.
Terbaharu, Aeril memberitahu bahawa dia mahu memberikan sumbangam berbentuk wang kepada warga negeri Sabah terutamanya mereka yang berada di zon merah.
Aeril mengumumkan perkara terbabit menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.
“Orang Sabah yang terkesan dengan COVID-19, zon merah terutamanya. Yang perlukan bantuan sila DM sekarang.
“Siap-siap bagi nombor akaun ya,” tulis Aeril di hantaran tersebut sebentar tadi.
Hal ini berikutan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat di Sabah sehingga 15 daerah diisytiharkan zon merah iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tuaran, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Sandakan, Papar, Kota Belud, Keningau, Tambunan, Beaufort dan Ranau.
Di ruangan komen, ramai selebriti dan wargamaya memuji usaha Aeril sekeluarga dalam membantu meringankan beban mereka yang terjejas.
Sumber: Gempak, Ig @aeril_zafrel
Leave a Reply Cancel reply