“Sak1t Memang Sak1t, Senak Sampai Tak Boleh Bangun!” – Nabil Ahmad

Pengacara Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad mendedahkan dia diser4ng penyak1t hernia (angin pasang) hingga menyebabkan terpaksa mengundurkan diri daripada mengendalikan program tersebut pada minggu pertama Ahad lalu.

Kata Nabil, biarpun pernah menjalani pembed4han beberapa tahun lalu, dia masih berisik0 untuk berdepan ser4ngan penyak1t yang sama sekiranya mengabaikan kesihatan.


“Saya kena ser4ngan angin pasang tetapi tidak serius. Saya pernah menjalani rawatan untuk penyak1t ini beberapa tahun lalu tapi ia datang balik secara tiba-tiba.

“Sak1t memang sak1t, senak sampai tak boleh bangun! Siapa yang ada pengalaman faham apa yang saya lalui. Sekali dia ser4ng sumpah tak nak kena lagi,” katanya kepada Gempak


Nabil yang ditemui selepas konsert kedua GV7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad memberitahu dia masih bergantung pada vbat-vbatan dan perlu membuat pemeriksaan berkala.

“Sekarang sudah beransur pulih, tinggal 10 peratus lagi bergantung pada vbat-vbatan dan berulang-alik ke hospital.

“Saya dinasihatkan doktor untuk sentiasa bersenam, menjaga kesihatan sebab saya terlalu aktif keluar bekerja. Berdiri lama-lama dan stress.

“Makan pun tak jaga, tidur lambat. Jadi, sentiasalah jaga kesihatan diri! Kita selagi tak kena peringatan, malas jaga diet.

“Kadang-kadang kita lupa umur semakin meningkat. Oleh itu, ini merupakan satu peringatan yang sangat baik dari Allah untuk kita,” tambahnya.

 

Sumber: Gempak, Ig @nabilzira

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*