“Lepas Solat Terus Ambil…” – Manjakan Anak Tapi Tegas, Ini Cara Didikan Johan & Ozlyn

Sebagai mak dan ayah, kitalah yang menentukan cara didikan buat anak-anak kita. Mahukan ketegasan, bertegaslah dengan anak-anak sebaiknya. Namun memanjakan mereka sejak kecil tetap perlu kerana itulah cara didikan yang sebenar buat anak kecil.

Berkongsi kisah di instagram, pasangan popular Johan dan Ozlyn tidak terkecuali berkongsi cara mereka mendidik anak-anak. Terkenal dengan sifatnya yang tegas, Ozlyn sering dilihat berkongsi kisah rutin kehidupannya yang tegas pada anak-anak terutama dalam menjaga solat dan sebagainya.

Namun bukan hanya ketegasan, bahkan pasangan ini juga cukup memanjakan anak-anak mereka. Tidak hairanlah kesemuanya sanggup tidur berhimpit-himpit gara-gara mahu duduk bersama.

Terbaru, melalui instagram Jozlynnhanania, pasangan ini berkongsi kisah anak-anak mereka yang sanggup berhimpit-himpit demi ingin duduk bersama. Mesra dan cukup akrab. Namun kata Ozlyn lagi, inilah rutin anak-anaknya.

“Gambar ni akan jadi saksi buat anak-anak korang nanti. Macam mana anak-anak Hanania papa dan mama dok asik nak melekat jek.

“Ni ni lepas solat.. terus amik port memasing. Berebut-rebut!!

“Bak kata papa yang dah berbulu pun duk beleser macam kucing,” katanya berkongsi.

Semuanya berebut-rebut untuk mengambil tempat masing-masing dan mahu duduk bersama. Satu kemesraan yang cukup jelas dipamerkan oleh keluarga ini.

Malah katanya lagi, bukan hanya duduk berhimpit dan berkongsi cerita, anak-anaknya juga boleh tidur dengan keadaan sebegini.

“Percaya tak dorang boleh tidur dalam keadaan macam ni. Kadang naik kebas kaki kita,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, malah baik Ozlyn mahupun Johan sendiri sama-sama berharap walaupun kesemua anak-anak mereka sudah besar dan berkahwin kelak, keakraban dan kemesraan di antara adik beradik masih tetap terjalin kukuh.

Pun begitu kata Ozlyn lagi, dalam memanjakan mereka sebegini, yang salah tetap salah. Tetap harus dihukvm dengan ketegasan sewajarnya.

“Harap bila dorang semua ni dah kahwin still macam ni. Bukan dorang je yang akan kami layan macam ni, anak menantu pun kitorang akan layan macam ni.. tapi!!

“Kalau buat salah lib4s tetap lib4s yek! Anak menantu pun kita lib4s macam anak kita jugak,” katanya lagi.

 

 

Sumber : Pa&Ma via Soya Lemon, Ig @jozlynnhanania

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*