Penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan suami, Shuib pada petang Selasa, telah memuat naik foto bersama kereta kesayangan mereka, di hadapan Pejabat Urusan Bubble Bee di laman sosial Instagram (IG) masing-masing.
Sarah menerusi ruangan kapsyen telah mengucapkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dirinya dan suami.
“Alhamdulillah!! @shuibsepahtu @bubblebeemalaysia_hq Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” katanya.
Sementara itu Shuib juga mengucapkan perkara sama pada foto yang dimuat naik, namun yang menarik perhatian adalah ucapan isterinya pada ruangan komen.
“Syukur ya Allah…Insyaallah selagi Allah izin, I akan bersama dengan U selamanya …Jatuh bangun U,” tulisnya ringkas tetapi penuh makna.
Komen tersebut telah menerima lebih 500 komen dan rata-rata yang memberi maklum balas turut memuji Sarah yang sentiasa berada disisi suami saat susah dan senang.
“@sitisarahraissuddin Alhamdulillah Allah pulihkan nama baik shuib dan u. Role model Malaysia!,” komen seorang pengikut.
“@sitisarahraissuddin isteri yang baik yang akan sentiasa bersama susah dan senang…Buat @shuibsepahtu kene betul-betul ingat siapa yang sentiasa bersama saat tengah terduduk,” tulis seorang lagi.
Dalam pada itu di ruangan komen Shuib turut menerima ucapan positif daripada rakan-rakan selebriti termasuk Anuar Zain, Pekin, Achey, Tomok, Zarul Umbrella, Wak Doyok, Fizo Omar dan ramai lagi.
Sebelum ini tular khabar angin mengenai kereta jenis Ford Ranger milik Shuib turut disita Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes pengvbahan wang har4m dan s1ndiket Macau Scam.
Spekvlasi tersebut timbul selepas foto 23 buah kenderaan mewah yang dirampas menjadi tu1ar dan sebuah kereta jenis Ford Ranger berwarna hitam kelihatan hampir sama dengan kereta milik Shuib.
Sumber: Gempak, Ig @shuibsepahtu
Leave a Reply Cancel reply