Penyampai radio Feeya Iskandar telah mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Wahab atau Rashid pada 6 Mei 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan, 2.
Terbaharu,Feeya mendedahkan dia kini sedang hamil lima bulan untuk anak ketiga.
Menurut Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah berkata dia tidak berniat untuk merahsiakan berita gembira itu daripada umum.
Namun, dia lebih selesa untuk berkongsi sekiranya ada yang perasan atau mengajukan tentang kehamilannya.
“Sebenarnya saya bukan sorok atau nak rahsiakan, tapi selagi tak ada orang yang bertanya… saya diam saja la.
“Anak kedua saya pun tahun hadapan dah tiga tahun… jadi, rasanya dah tiba masa yang sesuai untuk anak yang ketiga pula.
“Saya sendiri pun tak merancang untuk hamil tapi anggap Allah berikan rezeki.
“Sebelum ini, saya pernah juga bagi hint dekat laman sosial tapi hanya beberapa orang perasan.
“Ada yang bertanya saya mengandung ke bila buat video dalam keadaan letih tapi saya cuba elak nak jawab. Biarlah menjadi satu kejutan untuk semua orang,” katanya kepada Gempak.
Feeya ditemui ketika malam Finale Suria Duo X yang diadakan di Dewan Kristal, Pusat Konvesyen TM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pemilik nama Nor Shafiza Iskandar Azizan mengakui dia menyimpan harapan untuk mendapat anak perempuan kali ini.
“Sudah tentu harapan saya untuk dapat anak perempuan memandangkan kedua-dua anak saya lelaki. Tapi saya tak nak letakkan harapan yang tinggi dan tak suka nak berharap sangat.
“Bagi saya, tak kisah la jantina lelaki atau perempuan sebab yang paling penting bayi saya keluar dengan keadaan yang sihat dan tiada masalah.
“Tapi kalau belum ada rezeki saya nak dapat anak perempuan, tak apa la… kita boleh mencuba lagi selepas ini,” katanya lagi.
Sumber: Gempak, Ig @feeyaiskanda
Leave a Reply Cancel reply