Rita Sosilawati Kini Bergelar Datin

Suami kepada usahawan kosmetik popular, Rita Sosilawati, Khamarulazlan Mohamad Hanafiah menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.

Sekaligus, penganugerahan itu membuatkan Rita yang merupakan anak kepada jutawan kosmetik Allahy4rham Datuk Sosilawati Lawiya itu kini bergelar Datin.

Berita gembira itu dikongsikan Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram semalam.

“Tahniah sayang di atas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) Susah senang bersama membuatkan kita lebih kuat daripada sebelum ini, saya sangat bangga dengan pencapaian kamu sayang,”

“Hari yang cukup bermakna, 11/10/2020, Ahad,” tulisnya.

Rita turut memuat naik sebuah video yang memaparkan majlis istiadat penganugerahan tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Bahkan, ada juga yang mula mengusiknya dengan panggilan sebagai Datin.

 

Sumber: Gempak, Ig @rita_sosilawati

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*