Pelakon Datuk Adi Putra memberi peringatan kepada penerbit baru untuk menghormati tenaga kerja industri seni.
Menurut Adi, 39, individu terbabit tidak sepatutnya memberi harapan dalam soal kerja walaupun hakikatnya itu bukan niat asal.
“Kepada penerbit baru, hormatilah pada tenaga kerja, artis dan sesiapa yang terlibat. Jangan memberi harapan pada mereka walaupun tiada niat.
“Apakan lagi isu Covid ini dan mereka juga ingin beralih pulih segi ekonomi. Kalau ya untuk setuju dengan tawaran turunkan dokumen buat perjanjian.
“Kalau nak ganti artis atau krew yang lain mohon dimaklumkan awal agar dapat dilaksanakan di rezeki yang lain.
“Insya-Allah dengan prinsip hormat-menghormati, ia akan kekal lama,” tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).
Dalam pada itu, Adi turut berpesan agar penerbit tidak lock tarikh tanpa surat perjanjian pembayaran.
“Pesanan akhir, jangan suruh kita diberi lock tarikh dengan air liur tanpa surat perjanjian booking fees.
“Ambil iktibar dan pengajaran apa yang berlaku semasa Covid-19 bermula. Tak sama rentak seperti sebelum ini. Wallahualam. Rezeki Allah tak pernah ke salah tempat,” tulisnya lagi.
Sumber: Gempak, Ig @adpadiputra
Leave a Reply Cancel reply