Dua Kali Buat Swab Test, Shahrol Shiro Negatif Covid-19

Pelawak Shahrol Shiro mengesahkan sudah dua kali menjalani ujian saringan Covid-19 sejak pulang dari Sabah 25 September lalu.

Shahrol ketika dihubungi Gempak mengakui membuat ujian saringan pertama di sebuah hospital swasta di Johor Bahru sebaik sahaja tiba dari Kota Kinabalu (KK), Sabah.

“Tiba dari KK saya terus buat swab test di hospital swasta dan dipakaikan gelang berwarna putih…Dua hari kemudian keputusannya negatif.

“Saya terus menjalankan tanggung jawab sebagai rakyat untuk mematuhi SOP dan menjalani kuarantin. Semalam 4 Oktober, saya menjalani ujian saringan kedua di Klinik Kesihatan dan keputusannya negatif.

“Syukur Alhamdulillah, dua kali buat saringan dan saya bebas Covid-19, tetapi saya mengambil keputusan untuk terus berada di rumah sehingga 14 hari,” katanya yang sudah menjalani kuarantin selama 10 hari.

Dalam pada itu Shahrol mengakui menerima kec4man warganet kerana turut serta dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu.

“Memang ada yang kec4m saya, namun saya sudah mengambil langkah berjaga-berjaga dengan mematuhi SOP sepanjang berada di sana.“Saya ada bertemu Atu (Zero) di Kudat dan saya tidak benarkan dia menyentvh saya. Begitu juga dengan orang ramai, saya tidak benarkan mendekati saya.

“Saya minta maaf, bukan kerana sombong tetapi saya cuba sehabis baik untuk menjaga jarak dengan mereka semua.“Balik sini 25 September saya terus buat ujian saringan. Kalau nak diikutkan, arahan mewajibkan penumpang dari Sabah, terutama Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna menjalani swab test dikuatkuasakan dua hari selepas itu, iaitu pada 27 September lalu.

“Anak dan isteri juga saya minta untuk pulang ke rumah mentua untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.“Sehingga hari ini, saya masih kuarantinkan diri di rumah sampailah cukup 14 hari. Biarlah yang nak kec4m tu asalkan saya tidak langgar arahan kerajaan,” katanya.

 

Sumber: Gempak, Ig @shahrol_shiro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*