Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 baharu tertinggi setakat ini dengan 432 kes pada Isnin.
Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, 429 kes adalah kes penu1aran tempatan dan tiga kes import.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang pernah direkodkan di negara ini sebanyak 12,813 kes dan daripada jumlah itu 10,340 kes sudah pulih.
Adalah dimaklumkan, tiada kes kemat1an baharu direkodkan, jumlah kemat1an kekal 137 kes.
Pun begitu sejak tiga hari kebelakangan ini 4 lokasi baru kes Covid-19 telah dikesan.
#1 Kompleks Beli Belah 1 Utama
Terbaharu, kompleks beli-belah, 1 Utama mengesahkan seorang kakitangan Mac City Service Centre didapati positif COVID-19.
Pihak pengurusan 1 Utama dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan kakitangan berkenaan tidak berkunjung ke pusat beli-belah itu sejak 30 September lalu, dan telah dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan untuk rawatan.
Jelas kenyataan itu lagi, pihak pengurusan telah menjejaki pintu masuk pekerja lelaki itu, dan mendapati suhu kakitangan berkenaan berada di bawah 37.5 darjah celsius.
#2 Media Prima
Media Prima Berhad (Media Prima) hari ini, mengesahkan seorang kakitangannya dijangk1ti virus Covid-19 selepas pulang daripada membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Dalam satu kenyataan, Media Prima memaklumkan kakitangan terbabit yang bertugas di The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.
Justeru kakitangannya dan semua yang pulang daripada tugasan di Sabah menjalani ujian mandatori Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin sukarela 14 hari di rumah.
#3 Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Utara Malaysia (UUM) menutup kampus utamanya di Sintok, Kedah berkuat kuasa serta merta sejak malam tadi susulan seorang pelajar yang baru pulang dari Sabah dikesan positif COVID-19.
Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, berkata pelajar berkenaan sebelum ini terbabit dalam latihan Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan tiba di kampus lebih awal.
Katanya, selepas jangk1tan itu dikesan universiti sudah dan sedang mengambil langkah perlu untuk mengawal penu1aran dengan melakukan penutupan serta merta dan me1arang aktiviti keluar masuk kampus.
#4 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman secara menyeluruh dilakukan susulan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19, kemarin.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata penutupan itu melibatkan semua kampus iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Pervbatan dan Kampus Besut selama tiga hari bermula hari ini.
Hassan Basri berkata kakitangan yang positif Covid-19 mempunyai sejarah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu menaiki kapal terbang yang juga dinaiki seorang individu yang pulang dari Sabah dan individu itu kemudian disahkan positif virvs berbah4ya tersebut.
Susulan kes itu juga, seramai 14 kakitangan UniSZA yang dikenal pasti sebagai kontak rapat pesak1t tersebut telah diletak di bawah perintah pengawasan dan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply