Makanan Bakar Penyebab K4nser? Ini Penjelasan Pakar

Tidak dinafikan kes k4nser terus meningkat setiap tahun dan paling membimbangkan semakin ramai golongan muda menghidap penyak1t itu.

Salah satu penyebabnya kerana pola pemakanan tidak sihat memandangkan ramai antara kita lebih cenderung memilih hidangan yang enak berbanding berkhasiat.

Padahal terdapat beberapa jenis makanan ‘enak’ tanpa disedari boleh menyebabkan peningkatan risik0 k4nser kerana kandungan kars1nogen yang terdapat di dalamnya.

Kita harus mengurangkan pengambilan makanan tidak sihat.

Ini termasuklah makanan yang dibakar seperti satay, ayam bakar, kambing golek dan sebagainya. Selain itu, masyarakat hari ini juga lebih gemar makanan diproses.

Pakar Onkologi, Dr Fiastuti Witjaksono menjelaskan, makanan yang dibakar atau diproses itu dapat menyebabkan protein dan lemak berubah menjadi karsin0genik.

“Ia mampu meningkatkan risik0 k4nser, tapi bukan penyebab,” jelasnya.

Dr Fiastuti menjelaskan, angka kanser terutama payvdara menunjukkan peningkatan disebabkan pengambilan makanan yang diproses terlalu kerap.


Satay memang sedap tapi menikmatinya biarlah berpada-pada.

Makanan lain yang patut dikurangkan termasuklah daging merah. Ini kerana beberapa penelitian yang dilakukan mendapati ia dapat meningkatkan risik0 k4nser terutamanya k4nser kolorektal dan k4nser vsus besar.

Sementara itu, sebagai langkah mencegah k4nser, Dr Fiastuti menyarankan agar kita mengamalkan pemakanan dengan gizi seimbang.

Ini bermaksud kita harus mengambil pemakanan lengkap karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral selain memperbanyakkan sayur dan buah-buahan dalam diet.

“Sayuran dan buah-buahan mengandungi pelbagai zat yang dapat menurunkan risik0 kanser tetapi itu bukanlah bererti kita langsung tak makan makanan lain. Ia harus seimbang,” katanya. – KOMPAS

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*