Covid 19: Dua Lagi Kluster Baharu Dikesan

Perkembangan terkini penu1aran Covid-19 di negara ini merekodkan 293 kes baharu, menjadikan keseluruhan 12,381 kes setakat Ahad. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangk1tan Covid-19 adalah 1,961 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 293 kes tersebut, 292 kes adalah kes penu1aran tempatan yang melibatkan 269 warganegara dan 23 rakyat asing, manakala baki satu kes lagi adalah kes import melibatkan rakyat asing.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 292 kes tersebut juga, sebanyak 30 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri tersebut sejak 20 September 2020 sebanyak 206 kes.

Menurut beliau, tiada pertambahan kes kemat1an berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kemat1an Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 137 kes,” katanya dalam kenyataan media pada petang Ahad.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 67 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,283 kes.

“Sehingga kini, terdapat 28 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memberitahu terdapat dua kluster baharu dikesan pada Ahad iaitu Kau Sing di Sabah dan Embun di Selangor.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*