Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menjalani ujian saringan COV1ID-19 selepas pulang dari Sabah.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Rebecca atau lebih mesra disapa Becca berkongsi beberapa foto ketika mengambil ujian saringan tersebut.
Menurut Becca, tindakan itu dilakukan sebagai tanda seorang rakyat yang bertanggungjawab selain untuk memastikan keselamatan keluarganya.
“Baru tiba di KLIA dari KK, Sabah. Alhamdulillah. Mummy Becca telah menunaikan tanggungjawab mummy sebagai seorang RAKYAT dan IBU yang mempunyai ramai anak-anak kecil dirumah.
“Alhamdulillah swab test telah dilakukan di airport. Insya-Allah dalam masa tiga hari dapat keputusan.
“Dan sekarang adalah masanya untuk kuarantin. Sabar ya anak-anak mummy sayang, mummy kuarantin dulu. See you guys soon. Insya-Allah my darling kids,” tulisnya.
Dalam pada itu, Becca juga berkongsi pengalaman melakukan ujian saringan berkenaan.
“Sw4b test dihidung dan tekak telah dilakukan. Sak1t? Sumpah tak sak1t langsung. Alhamdulillah… Terima kasih petugas barisan hadapan.
“P/s- Mummy sudah, you all bila lagi? Walaupun anda tak pergi ke tempat berisik0 tetapi swab test adakalanya perlu buat supaya kita rasa selamat untuk bersama keluarga dan insan tercinta,” tulisnya.
Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah bagi menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah serta dipakai gelang kuar4ntin sehingga 10 Oktober depan.
Sumber : GEMPAK via Media Viral
Leave a Reply Cancel reply