“Pukul 2 Pagi Issa Menggeletar…”- Anak Lelaki Mia Ahmad Dikejarkan Ke Pusat Pervbatan

Pelakon Mia Ahmad memaklumkan anak lelakinya, Sayf Issa terpaksa dikejarkan ke pusat perub4tan.

Menurut Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, Issa menggeletar ketika sedang tidur namun punca peny4kit tidak didedahkan.

“Pukul 2 pagi Issa menggeletar dalam tidurnya. Kesian baby boy,” tulisnya di Instagram Stories. Perkongsian itu disertakan dengan foto Issa sedang mendapatkan raw4tan.

Dalam pada itu, isteri kepada Mohd. Izham Tarmizi yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) turut menitipkan ucapan sempena hari kelahiran Issa yang kedua pada 28 September lalu.

Dalam petikan itu, Mia memohon untuk sama-sama mendoakan agar kesihatan Issa kembali seperti biasa.

“Kepada anak pertama yang dilahirkan, Sayf Issa. Hari anda datang ke dunia adalah hari yang mengubah hidup saya selama-lamanya.

“Anda membuat saya jadi ibu. Saya mengambil masa untuk memahami sepenuhnya apa yang telah berlaku. “Anakku, aku mencintaimu sebelum aku mengenalimu, aku mencintaimu sekarang, setiap hari di antara, dan setiap hari selepas ini.


“Tidak kira bagaimana dunia kita berubah, anda akan selalu menjadi yang pertama. Kami akan saling mencintai, dan akan membesar bersama, dan saya teruja melihat masa depan. “Issa kurang sihat hari ini, minta semua doakan Issa cepat sembuh ya,” tulisnya lagi. Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.

Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sayf Issa dan Iris. Masih mencuba untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Mia, namun belum menerima sebarang respons.


Sumber: TambahKeju via Soya Lemon, Ig @mia.ahm4d

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*