Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akui telah menjalani saringan Covid-19 selepas pulang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri Sabah semalam.
Menurut Ismail Sabri dia hanya akan menjalani kuarantin di rumah sehingga keputusan saringan tersebut diterima. Jika negatif beliau akan memotong gelang kuarantin dan menjalani kehidupan seperti biasa.
“Saya sudah menjalani swab test (Covid-19) setibanya dari Sabah.
“Perlu kuarantin di rumah sehingga dapat keputusan. Dengan izin Allah selepas terima keputusan negatif nanti perlu ke klinik kesihatan untuk potong gelang kuarantin,” katanya.
Ismail berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foonya bersama gelang putih.
Pun begitu, Ismail menjawab persoalan ramai mengapa beliau tidak menjalani kuarantin selama 14 hari.
“Ramai yang tanya kenapa tidak 14 hari (kuarantin)?
“Rentas negeri kita benarkan. Sabah sama lah dengan negeri lain. Sebagai contoh Kedah yang terdapat kes mend4dak tetapi kita tidak kuarantin pun mereka yang datang dari kedah.
“Namun kita buat ujiab swab untuk mereka yang balik dari Sabah kerana peningkatan kes. Ujian swab untuk kepastian status.
“Jika negatif terus lah dibebaskan dari kuarantin. After all seluruh sabah tidak red zone kecuali 4 daerah,” jelasnya.
Pun begitu, menurut Ismail meskipun sudah bebas dari kuarantin prosedur operasi standard (SOP) juga perlu dipatuhi seperti biasa.
“Walaupun dah bebas kerana negatif namun mesti teruskan kawalan kendiri serta patuhi setiap SOP.
“Sekiranya ada geja1a segeralah ke klinik atau hospital untuk membuat swab test.
“Namun jika ada close contact dengan yang positif Covid-19 dan walaupun keputusan negatif. Kuarantin wajib selama 14 hari akan dikenakan,” jelasnya lagi.
Sabah merupakan negeri yang mencatat pertambahan kes yang mend4dak sejak minggu lalu.
Sumber: Gempak, Ig @ismailsabri60
Leave a Reply Cancel reply