Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjalani rawatan keracvnan makanan dan intervensi dinasihatkan menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).
Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan pada Isnin petang.
Al-Sultan Abdullah sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 21 September lalu akibat keracvnan makanan sebelum menjalani pengimejan MRI pada keesokan harinya dan disahkan ced3ra akibat aktiviti sukan.
Baginda sangat aktif dalam sukan seperti polo berkuda, bola sep4k, skuasy, golf dan hoki.
Menurut kenyataan itu, rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali selesai pada Khamis lalu dan baginda kini berada dalam keadaan stabil dan akan berangkat pulang bersemayam ke Istana Negara dalam masa terdekat.
Malah, baginda mengakui tersentvh dengan keprihatinan rakyat dan menzahirkan penghargaan atas doa buatnya.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut mengakui bimbang akan peningkatan kes positif Covid-19 di negara ini.
Malah, baginda menasihati orang ramai agar menjaga diri masing-masing dalam mengekang penu1aran wab4k itu.
Untuk rekod, Malaysia pada Selasa mencatat 115 kes baharu Covid-19 dengan 112 penu1aran dalam negara.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply