Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) mengalirkan air mata ketika menerima hadiah berupa tas tangan berjenama mewah berharga RM30,000 daripada pengurus pemasarannya, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Iqbal berkata tujuan dia menghadiahkan tas tangan tersebut kepada DSV sebagai tanda berterima kasih kepada usahawan tersebut yang telah banyak membantunya selama ini.
Menurut Iqbal, DSVlah yang membantunya dan memberi tunjuk ajar kepadanya dalam selok belok perniagaan sehingga menempa kejayaan seperti hari ini.
Momen istimewa tersebut dikongsi Iqbal menerusi laman sosial Instagram (IG)nya sambil mengucapkan terima kasih kepada DSV.
Dalam pada itu, DSV menerusi rakaman video tersebut tidak menyangka Iqbal sanggup membelanjakan wang yang banyak hanya untuk memberikannya hadiah.
“Saya tidak sangka Iqbal mampu untuk membelikan hadiah semahal ini kepada saya. Saya berbangga kerana Iqbal berjaya dalam perniagaannya hari ini.
“Iqbal bertatih dari bawah sehingga dia mampu mengecapi kejayaan dan menjalani kehidupan dengan lebih baik sekarang,” katanya sebak.
DSV turut memaklumkan tas tangan edisi terhad berjenama Christian Dior itu sudah lama diidamkan.
“Saya sebelum ini memang ada tengok beg tangan ni. Tapi tangguhkan hasrat membelinya, tak sangka impian untuk memilikinya tercapai.
“Saya menangis bukan kerana beg tangan ini mahal tetapi kerana saya tidak pernah menerima hadiah daripada sesiapa selalunya saya yang bagi orang hadiah,” katanya.
Sumber: Gempak, Ig @ahmadiqbalzulkefli
Leave a Reply Cancel reply