71 Positif Covid-19, Sabah Rekod Pesak1t Paling Tinggi

Covid-19 di negara ini merekodkan 71 kes baharu, menjadikan keseluruhan 10,576 kes setakat Khamis.

Daripada 71 kes baharu yang telah dilaporkan, 69 merupakan kes tempatan dan selebihnya merupakan kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kemat1an akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 133 kemat1an.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Cr1sis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kemat1an berkaitan Covid-19 setakat ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kemat1an Covid-19 di Malaysia sebanyak 133,” ujarnya menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khamis petang.

Sehingga hari ini, Sabah kekal tertinggi dengan merekodkan 63 kes, antaranya 10 di Kluster Laut dan 47 di Kluster Bangau-Bangau.

Kedah merekodkan empat kes, manakala Selangor, tiga kes pada hari ini.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*