Aktres jelita, Datin Seri Maria Farida akui tidak pernah melakukan sebarang sunt1kan atau pembed4han kosmetik pada wajahnya.
Menurut pelakon berusia 50 tahun ini, dia tidak mempercayai rawatan kecantikan moden, sebaliknya lebih selesa mengamalkan rutin secara tradisional.
“Saya pernah menerima mesej dari pengikut di laman sosial yang meminta tips untuk melakukan pembed4han kosmetik, sudah tentu saya tak tahu perkara sebegitu.
“Sehingga usia 50 tahun ini, saya hanya mengamalkan rutin kecantikan secara tradisional, bagi saya, kadang-kadang bila saya kata saya tak lakukan apa-apa sunt1kan atau pembed4han kosmetik, orang tak percaya.
“Saya tak boleh lakukan apa-apa untuk buat orang percaya, kerana kebanyakan orang, mereka percaya pada apa yang mereka mahu sahaja,” katanya kepada Gempak.
Maria berkata demikian ketika ditemui di majlis pelanjacaran produk Lucol-S di Cyberjaya sebentar tadi.
Maria telah dilantik sebagai duta produk kolagen itu secara rasmi sejak hujung Julai lalu.
Bercakap mengenai pengambilan produk tersebut, Maria mengatakan ia sesuai untuk dirinya yang sering mengalami a1ahan sebelum ini.
“Saya memang susah nak ambil sebarang produk sebelum ini kerana sering mengalami a1ahan.
“Tetapi, sejak kawan saya mencadangkan untuk mengambil produk kolagen dari Lucol-S ini, ia sesuai dengan saya tanpa menyebabkan sebarang a1ahan.
“Malah, dalam masa seminggu, saya sedari ada perubahan positif pada kulit dan mengalami penurunan berat badan sebanyak 5 kilogram,” tuturnya menutup bicara.
Sumber: Gempak, Ig @@mariafarida
Leave a Reply Cancel reply